Connect with us

IM Blues

Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah ‘mati’

Astro Awani

Entertainment

Blues Gang kembali, perjuangkan genre yang belum pernah ‘mati’

“LAGU yang baik datang dari perbuatan yang baik, from the heart it goes to the heart . Apabila ia sentuh hati, itu yang boleh jadi lama.”

KUALA LUMPUR : “LAGU yang baik datang dari perbuatan yang baik, from the heart it goes to the heart . Apabila ia sentuh hati, itu yang boleh jadi lama.”

Vokalis Blues Gang, Ito Mohd berkata, bila sesuatu lirik itu ditulis dari hati, ia pasti akan kekal melekat di hati peminat.

Tambahnya, lagu yang berkualiti adalah lagu yang ditulis sendiri oleh penyanyinya.

“Sebab itu saya lebih suka kalau penyanyi kalau boleh buat lagu sendiri daripada orang lain, sebab suara dia, lagu dia, diri dia sendiri yang tahu sebba banyak untung dia, “ ujarnya kepada Astro AWANI.

Lagu-lagu Blues Gang sehingga kini masih segar setiap liriknya bukan sahaja kepada generasi waktu itu malah generasi baru juga boleh menyanyikan lagu Blues Gang yang ditubuhkan pada akhir 1970-an.

Kata Ito, istimewanya genre blues adalah ia boleh merujuk kepada apa sahaja di sekeliling dan paling utama nilai yang disampaikan.

Kembali kepada industri muzik di Malaysia, Ito berkata, kebanyakan lagu yang dibuat atas dua sebab – pertama untuk hiburkan orang, dan satu lagi, untuk nilai yang kekal.

“Dalam genre blues ni seni kata dia dah bertukar sikit, boleh cakap semua. Mungkin dekat rock susah, tapi blues , seni kata dia terbuka.

“Kita tahu pengajaran, pelajaran, itulah nilai yang rasa perlu ada pada lagu sebab lagu itu akan dimainkan berulang-ulang,” tambahnhya lagi.

Dalam pada itu, Ito turut memberitahu, Blues Gang bakal mengadakan konsert pada September ini.

Ia merupakan comeback mereka selepas sekian lama menyepi.

Bagaimanapun, Blues Gang yang terdiri dari enam anggota itu, akan muncul berlima, selepas pemain bass mereka Jim Mandasamay meninggal dunia pada April lalu.

“Selalunya enam, bagaimanapun kami teruskan juga, sebab belum habis lagi perjuagan Blues Gang.

“Siapa yang rindukan Blues Gang boleh datang ke konsert pertama mereka tahun ini, sempena Kuching Waterfront Jazz Festival pada 27, 28, 29 September 2018,” tambahnya.

Konsert kedua pula bakal diadakan di Langkawi sempena Langkawi International Blues Roots ASEANA, LIBRA pada 29, 30 dan 31 Disember ini.

Source: Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani | Ogos 04, 2018 13:04 MYT

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply



Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Entertainment

Advertisement

Trending

Advertisement
To Top